Selangor FC berkongsi sokongan yang dipamerkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini terhadap Faisal Halim termasuk melalui papan iklan statik dan elektronik. Foto Facebook Selangor FC
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Selangor FC hargai PBT pamer sokongan buat Faisal Halim

SHAH ALAM, 17 MEI: Selangor FC menghargai pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mempamerkan tanda sokongan buat Faisal Halim.

Menerusi Facebook rasmi Selangor FC, pasukan Gergasi Merah itu turut mengucapkan terima kasih kepada 12 PBT di Selangor terhadap sokongan yang berterusan.

“Terima kasih kepada semua PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Diraja Klang dan Majlis Perbandaran Kajang.

“Penghargaan sama turut diberi kepada Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Daerah Sabak Bernam atas sokongan yang tidak terhingga,” tulis pasukan itu.

Pasukan Gergasi Merah itu turut mengajak penyokong memenuhi stadium Sabtu ini bagi menyaksikan perlawanan Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium MBPJ.

Di samping itu, kehadiran peminat ke perlawanan itu juga bagi memberi sokongan terhadap Faisal yang kini dalam proses pemulihan selepas cedera disimbah asid.

“Mari terus menunjukkan sokongan kami pada perlawanan #SFCKDA pada Sabtu ini.

“Sudahkah anda mendapatkan tiket anda? Dapatkan sekarang di  TicketHotline.com.my atau klik pautan di bio kami,” seru Selangor FC.

Sebelum ini penyokong Gergasi Merah diseru menzahirkan solidariti buat pemain sayap kebangsaan itu dengan menjayakan kempen bangun dan tepuk pada minit ke-7 perlawanan Selangor FC menentang KDA FC.

Pengurusan Selangor FC turut melancarkan kempen solidariti terhadap Faisal dengan paparan mesej sokongan pada papan iklan statik dan elektronik di setiap pihak berkuasa tempatan.

Arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal atau dikenali sebagai Mickey cedera disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, pada 5 Mei lalu.

Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.

Selangor FC berkongsi sokongan yang dipamerkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini terhadap Faisal Halim termasuk melalui papan iklan statik dan elektronik. Foto Facebook Selangor FC
Antara sokongan yang dipamerkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini terhadap Faisal Halim termasuk melalui papan iklan statik dan elektronik. Foto Facebook Selangor FC
Antara sokongan yang dipamerkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini terhadap Faisal Halim termasuk melalui papan iklan statik dan elektronik. Foto Facebook Selangor FC

Pengarang :