AGENDAJENAYAH

Lapan disiasat berkait kes resit tertera perkataan hina Islam

BALIK PULAU, 17 MEI: Polis merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata dua daripada lapan individu terbabit adalah pekerja restoran makanan segera itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan secara menyeluruh termasuk mengesan individu yang menulis perkataan menghina di bahagian remark atau nota pesanan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Kelmarin, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan remark oleh seorang individu yang membuat pesanan.

-BERNAMA

 


Pengarang :