Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) bersama empat penerima anugerah tokoh ibu pada Majlis sambutan hari ibu Pekawanis peringkat Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 18 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pekawanis rai 179 wanita sempena Hari Ibu, hargai jasa pengorbanan

SHAH ALAM, 18 MEI: Seramai 179 wanita di negeri ini menerima anugerah dari Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) sempena Hari Ibu yang disambut minggu lalu.

Yang dipertuanya Datin Seri Masdiana Mohamad berkata anugerah merupakan tanda penghargaan kepada golongan ibu yang banyak berjasa kepada keluarga serta masyarakat.

“Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu yang terpilih. Jasa dan pengorbanan ibu-ibu berikan sangat besar yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

“Kasih sayang dan pengorbanan ibu tidak dapat dibalas walau dengan segunung emas atau selautan intan,” katanya berucap pada sambutan majlis Hari Ibu Pekawanis di sini hari ini.

Majlis berlangsung di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) turut dihadiri Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Masdiana turut menyampaikan empat anugerah utama iaitu Tokoh Ibu Mithali kepada Maya Abu, Roslina Mokhtar (Tokoh Ibu Ikon), S Manikam (Tokoh Ibu Inspirasi) dan Yeoh Lai Jong (Tokoh Ibu Inovatif).

 


Pengarang :