Penyokong Selangor FC menunjukkan tanda jari nombor tujuh ketika tinjauan luar stadium perlawanan Selangor FC dan KDA FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya pada 18 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penyokong titip doa Faisal Halim segera sembuh, terus bersemangat

PETALING JAYA, 20 MEI: Penyokong Red Giants terus mendoakan pemain Selangor FC Faisal Halim segera pulih dan terus bersemangat menjalani rawatan akibat insiden simbah asid baru-baru ini.

Pegawai pemasaran Afzal Mohd Nordin,50, berkata sebagai penyokong tegar Selangor FC sudah pasti sosok Faisal di atas padang selaku penyerang dirindui semua.

“Sangat kecewa dengan insiden ini kerana beliau penyerang kita… Selangor masih boleh bangkit tetapi tetap dapat rasa perbezaannya kerana dia (Faisal) ‘star’ kita bukan di Selangor sahaja tetapi untuk Malaysia.

Pegawai pemasaran Afzal Mohd Nordin, 50,

“Saya berharap Faisal terus bersemangat dan dapat main semula, kita sanggup tunggu. Jangan bersara kerana saya yakin beliau boleh main lagi, Selangor akan menjaganya,” katanya ditemui di Stadium MBPJ semalam.

Dalam pada itu, jurutera pengisian Faiz Murshidi Adnan,31, berkata beliau amat terkejut dengan insiden menimpa Faisal kerana tidak pernah lagi berlaku dalam industri bola sepak.

“Sepatutnya bola sepak menjadikan semua masyarakat bersatu dan bukannya seperti ini. Tetapi saya optimis Selangor FC tetap akan bangkit dan meneruskan perjuangan sepanjang Faisal dirawat.

“Diharap segala usaha dilakukan Selangor FC dan kehadiran penyokong-penyokong dapat beri motivasi kepada Faisal untuk segera pulih serta bangkit,” katanya.

Jurutera pengisian Faiz Murshidi Adnan, 31,

Baru-baru ini, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal atau dikenali sebagai Mickey cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.

 


Pengarang :