Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama belia pada sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lembah Klang Raya bakal kawasan pembangunan bernilai tinggi, pesaing negara serantau

HULU SELANGOR, 19 MEI: Lembah Klang Raya yang menggabungkan empat bandar utama negeri ini bakal menjadi kawasan pembangunan bernilai tinggi sekali gus mampu menjadi pesaing baharu negara serantau.

Dato’ Menteri Besar berkata lembah terbabit berpotensi menawarkan peluang ekonomi yang baik memandangkan kawasan terlibat meliputi Petaling Jaya hingga Klang sudah memiliki kemudahan serta infrastruktur lengkap.

“Kita cuba jadikan Lembah Klang Raya sebagai kawasan metropolis. Hampir satu per dua iaitu kira-kira 3.4 juta populasi negeri ini ada dalam kawasan ini. (Cuma) Saya rasa perlu susun beberapa perancangan yang ada supaya kawasan ini jadi tarikan dan maju.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Suasana Lembah Klang Raya ini belum ada pesaing dari negeri lain kerana kita sambungkan empat bandar raya. Kita perlu bandingkan dengan Jakarta (Indonesia), Bangkok.

“Saya percaya kita bakal menjadi pesaing dalam negara serantau ini dari aspek ekonomi, kualiti kota, peluang dan keistimewaan di bandar ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan majlis penutup sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri hari ini.

Sebelum ini beliau berkata Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima lembah utama Asia sekiranya dapat direalisasikan sepenuhnya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyaksikan persembahan silat pada Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Ia berikutan usaha berterusan dan penjanaan semula kawasan menarik pelaburan terutama industri digital serta teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, penempatan pusat data, serta sistem perkhidmatan kerajaan berteras pengurusan mampan.

Lembah Klang Raya diumum menerusi belanjawan tahun ini dengan peruntukan RM2 juta bagi menggabungkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan simbolik perasmian Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
Antara pameran pada sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat Selangor di IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru pada 19 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

 


Pengarang :