Orang ramai tidak lepas peluang mendapatkan barangan asas murah pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Bharu di Karnival Kepenggunaan KPDN Selangor yang diadakan di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu pada 04 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rawang, Teratai antara empat lokasi jualan murah Khamis ini

SHAH ALAM, 21 MEI : Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di empat lokasi pada Khamis ini.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Jalan Permai H. Kh Tasek Permai (Teratai) dan pekarangan Masjid Cahaya Iman (Rawang).

Selain itu, jualan sama turut berlangsung di Dewan Bunga Kertas MBSA (Seri Setia) dan Jalan Perdana 8, Indah Perdana (Bukit Lanjan).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :