AGENDANASIONAL

PM sampai perutusan negara 9 malam ini

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan perutusan negara secara langsung di semua saluran media tempatan pada 9 malam ini.

Anwar berkata beliau akan memanfaatkan ruang itu untuk menerangkan serta mencerahkan pelbagai isu di dalam dan juga luar negara.

“Mohon rakan-rakan ikut serta, insya-Allah,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini.

Perutusan itu akan disiarkan melalui Bernama TV (Astro 502), RTM dan beberapa stesen televisyen lain.

– BERNAMA


Pengarang :