Warga Palestin berkumpul untuk menerima makanan percuma ketika penduduk Gaza menghadapi tahap krisis kelaparan, semasa bulan suci Ramadan, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di Jabalia di utara Semenanjung Gaza 19 Mac 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Hampir 600 tan bantuan kemanusiaan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza

WASHINGTON, 21 MEI: Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

“Amerika Syarikat, United Kingdom, UAE, Kesatuan Eropah dan banyak lagi rakan kongsi telah menyumbangkan bantuan kemanusiaan ini,” kata CENTCOM di X.

Menurut CENTCOM, jeti itu adalah penyelesaian sementara untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat Palestin.

Pada 17 Mei, trak yang membawa bantuan kemanusiaan mula bergerak ke darat melalui jeti sementara itu di Semenanjung Gaza.

— BERNAMA-ANADOLU


Pengarang :