EXCO Sukan Najwan Halimi (kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim (kiri) bergambar dengan Pengerusi Majlis Sukan Gyeonggi-Do, Lee Won Sung (tengah) ketika lawatan kerja ke Korea Selatan pada 13 Mei 2024. Foto X Najwan Halimi
EXCOSELANGOR

Selangor mahu jalin kerjasama dengan majlis sukan Korea Selatan

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan Selangor mahu meningkatkan kerjasama dalam program latihan dan pembangunan atlet dengan Korea Selatan.

EXCO sukan berkata hasrat itu disuarakan dalam sesi pertemuan dua hala bersama Pengerusi Majlis Sukan Gyeonggi-Do, Lee Won Sung minggu lalu.

“Delegasi kami turut dibawa melawat Pusat Sains Sukan Gyeonggi-Do untuk meninjau kemudahan serta peralatan kecergasan yang disediakan di sini,” tulis Najwan Halimi di X.

Menurut Najwan, lawatan delegasi Kerajaan Negeri ke negara itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Mohamad Nizam Marjugi.

Pada 19 Februari lalu, Selangor memeterai kerjasama dengan agensi tersebut disusuli empat atlet angkat berat dan tenpin bowling menyertai Festival Sukan Gyeonggi-do yang berlangsung pada 9 hingga 11 Mei lalu.


Pengarang :