Bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab ketika sesi Daurah kitab hadis 40 karya Imam An Nawawi sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 27 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kupasan kitab dalam festival turath padat, mudah difahami orang muda

SHAH ALAM, 27 MEI: Penyampaian ulama dalam mengupas kitab di Festival Turath Islami Selangor padat dan mudah difahami sekali gus menarik kehadiran ribuan peserta.

Peserta dari Indonesia Zaimuddin Abdul Azim, 34, berkata kupasan Kitab Hadis 40 disampaikan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah sangat menarik dan menjadi pedoman masyarakat Islam terutama golongan muda.

Peserta Festival Turath Islami Selangor, Zaimuddin Abdul Azim. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Jelasnya, keunikan program mengupas kitab dan syarahan oleh ramai tokoh terkenal mendorong beliau hadir kali kedua membawa isteri dan anak-anak.

“Saya tiba di Malaysia semalam dan ambil cuti sehingga 4 Jun. Saya ternanti-nanti program ini kerana penyampaian ulama padat, mudah difahami selain lokasi yang selesa,” katanya ditemui SelangorKini.

Bagi Taufiqul Rahman Sharif, 22, beliau teruja untuk mengikuti program yang dihadiri ilmuan agama kerana banyak warisan Islam boleh diperoleh dan membantu menjadi individu berjaya.

“Saya baru sebulan di Malaysia kerana melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bahasa Arab selama empat bulan di bawah biasiswa Kementerian Agama Indonesia.

Peserta Festival Turath Islami Selangor, Taufiqul Rahman Sharif. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bersyukur dapat ikuti program ini… amat luar biasa dapat bertentang mata dengan ulama tersohor.

“Walaupun pertama kali, saya amat tertarik kerana banyak program dianjurkan dalam program ini,”  katanya berasal dari Tegal, Jawa Tengah, Indonesia.

Festival Turath Islami Selangor bermula semalam yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berlangsung sehingga 2 Jun diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dimulakan dengan kupasan Kitab Hadis 40 oleh bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah, antara pengisian proram lain ialah Pameran Al-Wahyu, forum bertajuk Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu akan menampilkan ahli panel Ustaz Muhamad Abdullah, Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Ustaz Mohamad Aizuddin Abdul Aziz.

Bertema Mendalami Khazanah Kitab Islam, maklumat program, lokasi serta pendaftaran boleh dibuat menerusi http://www.turathislamselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

Orang ramai hadir mendengar kupasan Kitab Hadis 40 oleh bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah pada Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Orang ramai yang hadir ketika bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab mengupas Kitab Hadis 40 karya Imam An Nawawi sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 27 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :