Bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab ketika sesi Daurah kitab hadis 40 karya Imam An Nawawi sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 27 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Orang ramai teruja sertai kupasan kitab, cara fikir Imam an-Nawawi

SHAH ALAM, 27 MEI: Program pengajian Kitab Hadis 40 Imam an-Nawawi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di  sini, meningkatkan pengetahuan merangkumi aspek kehidupan seperti perilaku, adab dan tatacara ibadat.

Pesara Siti Zairiah Majid, 59, berkata kupasan kitab sempena Festival Turath Islami Selangor memberi kefahaman mendalam dalam segenap aspek yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian

Peserta Festival Turath Islami Selangor Siti Zairiah Majid. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Saya sudah ikuti dua hari program ini sejak semalam dan telah menghafal tiga hadis. Antara yang menjadi tarikan adalah penerangan berkaitan pentingnya memulakan sesuatu perkara dengan niat.

“Bagi saya program ini amat bagus dan anak muda khususnya tidak melepaskan peluang untuk datang. Ambil peluang cuti sekolah untuk hadir. Penerangan hadis boleh dijadikan amalan dalam kehidupan,” katanya kepada SelangorKini.

Bagi Nurul Aimi  Ahmad Radzuan ,33, beliau ambil peluang cuti sekolah untuk hadir mengikuti program anjuran Kerajaan Negeri yang dianjurkan sejak tahun lalu.

Peserta Festival Turath Islami Selangor Nurul Aimi Ahmad Radzuan. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Saya tidak pernah ikuti program ini tetapi tahun ini tertarik kerana berpeluang mempelajari acara telaah kitab menghimpunkan 40 hadis.

“Penganjuran program yang bermanfaat dan wajar diteruskan setiap tahun. Insya-Allah jika berkelapangan pasti akan datang lagi pada hari lain,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Asmui Abdul Khalid, 38, pula menyifatkan kehadiran bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah ke Malaysia adalah peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.

“Banyak faedah yang kita dapat dengan ikuti program ini kerana apa disampaikan Dr Ali Jum’ah sangat bermanfaat kerana ilmunya seluas lautan.

Peserta Festival Turath Islami Selangor Muhammad Asmui Abdul Khalid. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Masyarakat Islam khususnya penduduk Selangor jangan lepaskan peluang untuk datang kerana dapat bertemu dengan beberapa ulama agama tersohor,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf Iskandar Abdul Muhaimin,16, beliau hadir ke program bersama 14 rakannya untuk menelaah kitab hadis 40 serta beberapa acara lain yang disediakan.

“Saya akan ikuti program ini sampai habis. Ini peluang untuk kami mengenali siapa Iman an-Nawawi dan dan cara fikir ulama terulung ini yang wajar dijadikan pedoman hidup,” katanya merupaka pelajar Maahad Al Imam Al Adli, Shah Alam.

Peserta Festival Turath Islami Selangor Asyraf Iskandar Abdul Muhaimin. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Festival Turath Islami Selangor bermula semalam yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berlangsung sehingga 2 Jun diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dimulakan dengan kupasan kitab Hadis 40 oleh bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah, antara pengisian proram lain ialah Pameran Al-Wahyu, forum bertajuk Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu akan menampilkan ahli panel Ustaz Muhamad Abdullah, Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Ustaz Mohamad Aizuddin Abdul Aziz.

Bertema Mendalami Khazanah Kitab Islam, maklumat program, lokasi serta pendaftaran boleh dibuat menerusi http://www.turathislamselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

Orang ramai yang hadir ketika bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab mengupas kitab hadis 40 karya Imam An Nawawi sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 27 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
Orang ramai yang hadir ketika bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab mengupas kitab hadis 40 karya Imam An Nawawi sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 27 mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :