EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim (dua kanan) mendengar taklimat berhubung operasi Interceptor 002 daripada wakil Landasan Lumayan Sdn Bhd selaku pengendali Projek Gerbang Selangor Maritim pada majlis penerimaan penajaan daripada Kumpulan Affin di Jeti Taman Awam Pangkalan Batu, Klang pada 28 Mei 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kumpulan Affin kerjasama dengan negeri taja pembersihan Sungai Klang

KLANG, 28 MEI: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) menerima tajaan pembersihan dan pemulihan Sungai Klang daripada Kumpulan Affin Bank Berhad menerusi operasi mesin Interceptor 002.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata tajaan selama setahun itu menyokong usaha anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI melaksana pembersihan dengan lebih efisien.

“Terima kasih kepada Kumpulan Affin kerana sudi bekerjasama kerana perjalanan pembersihan Sungai Klang amat mencabar. Kita yakin dengan kerjasama ini Sungai Klang dapat dibersihkan,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis serahan tajaan di sini bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah dan Pengarah Urusan LLSB Syaiful Azmen Nordin.

Mereka kemudian meninjau operasi perangkap sampah Interceptor 002 yang beroperasi sejak Ogos 2019 bagi pemulihan dan pembersihan Sungai Klang.

Sementara itu, Wan Razly berkata pihaknya komited menyokong usaha Selangor membersihkan Sungai Klang daripada kelas lima kepada tiga setakat ini, sekali gus menjamin kualiti air.

“Pelbagai usaha dibuat bagi menambah baik kualiti air Sungai Klang, justeru kita bersetuju menaja operasi pembersihan dan meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

Pada 2018, Kerajaan Negeri melancarkan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang dikendali LLSB sebagai inisiatif untuk membersih, memulihara dan membangunkan Sungai Klang yang tercemar.

Bagi pemulihan dan pembersihan Sungai Klang, terdapat dua mesin perangkap sampah iaitu Interceptor 002 dan 005 masing-masing beroperasi pada Ogos 2019 dan 2022.


Pengarang :