Penduduk Palestin termasuk orang tua dan kanak-kanak meninggalkan Semenanjung Gaza dengan berjalan kaki untuk mencari perlindungan susulan konflik berterusan antara Israel dan Hamas pada 10 November 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Angka korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 36, 171 orang

GAZA, 29 MEI: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 36,171 orang.

Sekurang-kurangnya 81,420 orang lagi cedera dalam serangan tersebut, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan 284 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas.

Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :