PBTSELANGOR

Sebahagian jalan di Shah Alam tutup mulai 5 pagi hingga 9.30 pagi esok

SHAH ALAM, 31 MEI: Sebahagian jalan di sekitar bandaraya ini akan ditutup esok bagi memberi laluan kepada penganjuran program Fun Run sempena Hari Landskap Negara 2024.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Mohd Azhar Mohd Sharif memaklumkan penutupan laluan akan dilaksana bermula jam 5 pagi hingga 9.30 pagi.

“Jalan yang terlibat bagi penutupan penuh adalah Persiaran Tasik pada 1 Jun (Sabtu) mulai jam 5 pagi hingga 9.30 pagi.

“Manakala penutupan sebahagian jalan dilakukan di Persiaran Bandaraya, Persiaran Perbandaran, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Azhar berkata MBSA menyeru orang ramai tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

Jelasnya, pengguna jalan raya juga digalakkan menggunakan laluan alternatif untuk menuju ke destinasi masing-masing sepanjang tempoh tersebut.

Untuk maklumat lanjut hubungi Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.


Pengarang :