Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) Dato’ Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah (kiri) menyampaikan cenderhati kepada bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah pada munaqasyah ilmiah bertajuk Sistem Pengajian Turath: Antara Pendekatan Tradisional dan Moden yang diadakan di UIS, Bandar Seri Putra, Kajang pada 31 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Tokoh Islam, akademik diseru sepakat angkat ilmu turath, pedoman umat

HULU LANGAT, 31 MEI: Kesepaduan ilmuwan Islam serta akademik menjadi aspek penting untuk mengangkat ilmu turath di negara ini, kata Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS).

Dato’ Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata walaupun usaha mengangkat pengajian Islam terutama turath bukan mudah, beliau yakin kebijaksanaan tokoh agama dan akademik mampu menyemarak usaha itu.

“Mutakhir ini umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai isu berkaitan agama Islam dan cabaran semasa melalui penularan fahaman sekularisme, pluralisme, hedonisme dan dualisme yang menguji keimanan, kepercayaan serta pegangan terhadap Islam.

“Kesepaduan ini akan memenuhi keperluan penyelesaian semasa masyarakat dan mendukung pandangan Islami yang menyeluruh menjadi pedoman atau bekalan ampuh kepada umat Islam,” katanya.

Berucap merasmikan Munaqasyah Ilmiah Sistem Pengajian Turath: Antara Pendekatan Tradisional dan Moden di UIS hari ini, katanya nilai Islam dan akhlak terpuji dicerminkan Nabi Muhammad perlu diterapkan dalam mendepani arus globalisasi yang semakin mencabar.

“Hadis dan sabda Nabi Muhammad turut sarat menceritakan sifat belas kasih dan ketegasan baginda dalam dakwah demi memelihara dan memartabatkan Islam dalam dunia sejagat,” katanya.

Dato’ Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah ketika mengendalikan program Munaqasyah Ilmiah bertajuk Sistem Pengajian Turath: Antara Pendekatan Tradisional dan Moden di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 31 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sementara itu, ketika mengendalikan sesi munaqayah yang turut disertai bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah, katanya UIS akan menubuhkan jawatankuasa khas berkaitan akreditasi pelajar sekolah pondok di negara ini.

“UIS akan buat satu jawatankuasa dengan melibatkan beberapa pihak bagi mencambahkan idea, buat kertas kerja cadangan (mengiktiraf pelajar pondok) dan panjangkan sama ada ke ke KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (yang ada bidang kuasa),” katanya.

Munaqasyah yang turut diserta beberapa panelis lain adalah sempena Festival Turath Islami Selangor 2024 yang memasuki tahun kedua berlangsung bermula Isnin hingga Ahad ini.

Bertemakan Mendalami Khazanah Kitab Islam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan acara dalam festival itu iaitu Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam esok.

Anwar juga dijadual terlibat dalam Perbualan khas: Imam Nawawi dan Riyadhu as-Salihin bersama bekas Imam Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah dan Pengarah Pusat Kajian Islam Quantum Akhyar Institute Dr Adi Hidayat.

Barisan panel (dari kiri) Pengerusi IKIM Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty, bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah dan Pensyarah Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling Ustaz Ahmad Lutfi Muharam ketika program Munaqasyah Ilmiah bertajuk Sistem Pengajian Turath: Antara Pendekatan Tradisional dan Moden di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 31 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
Peserta munaqasyah ilmiah bertajuk Sistem Pengajian Turath: Antara Pendekatan Tradisional dan Moden di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 31 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
Peserta munaqasyah ilmiah bertajuk Sistem Pengajian Turath: Antara Pendekatan Tradisional dan Moden di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 31 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :