SHAH ALAM, 1 JUN: Kira-kira 1,600 individu menyertai program Fun Run sepanjang lima km sekitar pusat bandar raya di sini hari ini sempena Hari Landskap Negara (HLN).
EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berkata sambutan amat mengalakkan dengan penyertaan kebanyakkan dalam kalangan warga Shah Alam yang hadir bersama keluarga.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/06/PSX_20240601_095450-500x333.jpg.webp)
“Larian seumpama ini harus dijadikan kegiatan rutin kerana selain mengamalkan gaya hidup sihat ia juga dapat meluangkan masa bersama keluarga serta merapatkan lagi ukhwah,” katanya kepada Selangorkini.
Ditemui selepas menamatkan larian Fun Run di Taman Tasik Shah Alam di sini, Mohd Najwan turut memuji inisiatif Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menganjurkan acara itu.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/06/PSX_20240601_095430-500x333.jpg.webp)
“Tahniah JLN dan MBSA anjur program ini diharap dapat anjur lagi pada masa akan datang dengan penganjuran berskala besar supaya lebih lebih ramai sertai,” katanya.
Bermula 24 Mei hingga esok, HLN menjadi platform kepada penggiat industri landskap untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan HLN di Taman Tasik Shah Alam di sini.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/06/PSX_20240601_095618-500x333.jpg.webp)
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/06/PSX_20240601_095517-500x333.jpg.webp)