Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Hadis 40 pada majlis perasmian Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Dewan Orkid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Turut sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM hargai Selangor, IBDE anjur festival turath, terbit karya warisan Islam

SHAH ALAM, 1 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha Kerajaan Negeri dan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang berjaya menganjur Festival Turath Islami Selangor kepada rakyat.

Anwar berkata usaha penerbitan karya warisan Islam serta kaedah pembelajaran ilmu keagamaan seperti kelas pondok merupakan inisiatif murni yang perlu terus diperkukuh dan diteruskan.

“Penerbitan karya lama ini perlu dan apa yang diusahakan di Selangor ini menarik dimana dikekalkan satu tradisi ilmu lama seperti pondok dan datang syeikh yang baca dan kupas ilmu.

“Kerana dunia sekarang ini dunia media sosial, dunia tiga minit. Padahal dalam Islam dan tradisi ilmu akhliyah itu mesti membaca, menelaah dan menghayati ilmu,” katanya ketika berucap.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penghayatan Riyadhu As-Salihin dan Perbualan Khas Imam an-Nawawi & Riyadhu As-Salihin sempena Festival Turath Islami Selangor 2024 di Masjid Negeri di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis perasmian Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Dewan Orkid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Program itu turut menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah sebagai tetamu kehormat selain tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Festival keilmuwan kali kedua yang membuka tirai 26 Mei dan akan berakhir esok mengupas karya agung Hadis 40 Imam an-Nawawi dengan lebih mendalam selain 12 acara utama termasuk pameran manuskrip al-Quran berusia hampir 400 tahun.

Orang ramai hadir pada majlis perasmian Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin di Dewan Orkid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :