AGENSISELANGOR

Lebih 1,000 insiden pokok tumbang direkod, empat nyawa terkorban

SHAH ALAM, 4 JUN: Sebanyak 1,085 kejadian pokok tumbang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara untuk tempoh empat bulan tahun ini.

Ketua pengarahnya menjelaskan insiden bermula Januari berikutan hujan lebat dan angin kuat, yang turut menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa, lapor Sinar Harian.

“Dalam insiden tidak diduga itu, sebanyak 15 orang tercedera dan empat kematian dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga April 2024.

“Seramai 13 orang berjaya diselamatkan pihak JBPM dalam kejadian malang tersebut,” kata Datuk Nor Hisham Mohammad seperti dilaporkan portal itu.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah kejadian pokok tumbang tertinggi sebanyak 210 kes sepanjang tempoh berkenaan, manakala 169 kes di Perak dan 118 kes di Sarawak.

 


Pengarang :