SHAH ALAM, 5 JUN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) meluluskan 89,347 pembiayaan pelbagai jenis bernilai RM810 juta sejak 2015 hingga kini kepada 59,757 usahawan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mearia Hamzah bantuan itu bagi memenuhi visi Kerajaan Negeri untuk melonjakkan golongan berpendapatan rendah ke kelas menengah melalui perniagaan.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/06/MB10-4-500x365.jpg.webp)
“Sejak penubuhan pada 2015, Hijrah Selangor sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk melebarkan peluang golongan kelas menengah.
“Ini bagi memastikan mereka mampu berdaya saing serta mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” kata berucap pada majlis peluncuran logo PLATS Biaya hari ini.
Terdahulu, majlis yang berlangsung di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz disini disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/06/MB4-9-500x358.jpg.webp)
Sejak awal penubuhannya pada 2015, Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan seperti Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NADI).
Selain itu Hijrah turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.