Pelbagai aktiviti disediakan dalam Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di tempat letak kereta hadapan Wisma MBSA Seksyen 14, Shah Alam pada 14 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSA tutup sebahagian jalan sempena hari tanpa kenderaan 9 Jun

SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan pada 9 Jun.

Jalan terlibat ialah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Berikutan itu, pengarah korporat dan perhubungan awamnya menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan dalam tempoh tersebut untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

“MBSA juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” kata Mohd Azhar Mohd Sharif dalam kenyataan hari ini.

Program tersebut dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti senamrobik dan jualan makanan.

Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.


Pengarang :