ADNSELANGOR

DUN KKB tawar insentif hingga RM350, rai pelajar cemerlang SPM 2023

SHAH ALAM, 6 JUN: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Dewan Undangn Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ditawar insentif wang tunai bagi meraikan kecemerlangan mereka.

Wakil rakyatnya Pang Sock Tao berkata permohonan dibuka sehingga 20 Jun ini kepada pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan itu.

Menurut Sock Tao Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu menawarkan RM100 bagi keputusan 5A, RM150 (6A), RM200 (7A), RM250 (8A), RM300 (9A) dan RM350 bagi 10A dan ke atas.

“Antara syarat kelayakan termasuklah salah seorang ibu atau bapa adalah pengundi DUN Kuala Kubu Baharu,” katanya di Facebook.

Katanya, mereka yang layak boleh mendaftar di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScdxk-79e9Dgzt6NuE3IYpQ7UgW-JDGCO-YbBeBNait6aaFOw/viewform?usp=sf_link dengan memuat naik sijil kelahiran dan slip keputusan SPM 2023.

Seramai 11,713 calon SPM 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A-, dalam semua mata pelajaran.

Pencapaian calon tahun berkenaan juga adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 tahun sebelumnya.


Pengarang :