AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pelajar lepasan SPM dipelawa mohon tajaan pendidikan huffaz profesional

SHAH ALAM, 6 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dipelawa memohon tajaan pendidikan program huffaz profesional universiti dalam negara.

Program Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) boleh dimohon mulai sekarang hingga 18 Ogos.

“Tajaan ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) milik penuh Kerajaan Negeri.

“Permohonan tajaan adalah bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam Selangor dengan bidang pengajian tertentu,” maklum Jais menerusi Facebook.

Syarat kelayakan dan permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang pendidikan.jais.gov.my/huffazprofesional

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Unit Pengajian Tinggi dan Sepanjang Hayat Bahagian Pendidikan Islam Jais di talian 03-5514 3400 atau WhatsApp 010-343 7054.

 

 


Pengarang :