AGENSISELANGOR

Tawaran pakej umrah, tiket pelancongan, emas untuk pembayar zakat

SHAH ALAM, 7 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menawarkan hadiah pakej umrah tajaan penuh kepada pembayar zakat menerusi potongan gaji dan bayaran terus (direct debit).

Agensi zakat negeri memaklumkan kempen Auto Zakat Bulanan itu bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2024 dengan dua cabutan iaitu pada Ogos dan akhir Januari 2025.

“Bagi kategori skim potongan gaji, kempen ini terbuka kepada individu yang baharu membuat caruman dan yang ingin menambah caruman.

“Manakala bagi bayaran terus, ia terbuka kepada semua individu dan syarikat sama ada pembayaran zakat atas pendapatan atau perniagaan,” katanya menerusi Facebook semalam.

Menurut LZS, kempen berkenaan turut menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti tiket pelancongan Muslim bernilai RM1,200, emas seberat 0.5 gram dan kad TouchNGo bernilai RM100.

Berikut pautan bagi pendaftaran skim potongan gaji https://espg.zakatselangor.com.my/ dan pendaftaran untuk bayaran terus https://infaqpay.my/go/lzs


Pengarang :