Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (tengah) menyampaikan cek cura kepada pengurusan Surau Nurul Falah Taman Sinaran, Kajang pada 1 Jun 2024. Foto Facebook Syahredzan Johan
AGENSISELANGOR

Wakil rakyat Bangi sumbang RM20,000 bantu surau sedia kemudahan selesa

SHAH ALAM, 7 JUN: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bangi baru-baru ini menyumbangkan sejumlah RM20,000 kepada Surau Nurul Falah Taman Sinaran, Kajang bagi menambah baik kemudahan.

Wakil rakyatnya berkata bantuan menerusi Projek Mesra Rakyat Parlimen Bangi digunakan untuk memasang penghawa dingin, kamera litar tertutup, televisyen dan kipas bagi keselesaan jemaah.

“Saya sebenarnya kerap berkunjung ke surau ini dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sinaran ini memang aktif bekerjasama dengan pihak surau.

“Justeru, apabila kami dimaklum ada keperluan kita teragak-agak untuk memberi sumbangan daripada Pejabat Parlimen Bangi untuk membantu,” kata Syahredzan Johan menerusi video di Facebook.

Setiap wakil rakyat menerima peruntukan sebanyak RM2 juta bagi melaksana Projek Mesra Rakyat meliputi bantuan kepada sekolah, keluarga kurang berkemampuan dan menaik taraf perkara asas.


Pengarang :