EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari berucap merasmikan Festival Filem Muslim Kazan Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Festival filem Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, rai budaya, nilai Islam

SHAH ALAM, 8 JUN: Festival Filem Muslim Antarabangsa Kazan Rusia yang menonjolkan budaya dan nilai Islam diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini bermula hari ini hingga Isnin.

EXCO pembangunan wanita berkata sepanjang tiga hari berlangsung, acara tersebut menayang filem dan dokumentari yang dapat memupuk pemahaman serta penghayatan terhadap seni dan tradisi Islam.

Jelas Anfaal Saari, festival kendalian Kementerian Kebudayaan Republik Tatarstan itu juga bertujuan memupuk dialog budaya dan menguatkan hubungan Rusia dan Malaysia.

“Festival ini menghimpun artis, pemain industri dan pakar budaya dua-dua negara yang akan berkongsi ilmu dan pandangan. Ini untuk meraikan warisan Islam dan kekayaan pelbagai budaya.

“Lima filem cereka termasuk animasi khas untuk kanak-kanak akan ditayang manakala dua dokumentari berkisar budaya sejagat serta tradisi dan amalan masyarakat Tatar di Kazan, Rusia,” katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan festival yang turut dihadiri Menteri Kebudayaan Republik Tatarstan, Ayupova Irada Khafizyanovna serta Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Dr Maszlee Malik.

Menteri Budaya Tatarstan Irada Ayupova (dua, kanan) menyampaikan buku kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhammad (tengah) sambil diperhatikan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari (dua, kiri), Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Prof Dr Maszlee Malik (kiri) dan Duta Rusia ke Malaysia Naiyl M Latypov pada majlis perasmian Festival Filem Muslim Kazan Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Festival berkenaan turut mendapat kerjasama Majlis Mufti Rusia, agensi persekutuan kebudayaan dan sinematigrafi Rusia, IAIS dan Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Anfaal berkata festival berkenaan bukan hanya sekadar tayangan filem sebaliknya memberi manfaat lebih besar apabila dapat meneroka warisan budaya penduduk tempatan di Rusia.

“Melalui pertukaran budaya, kerjasama artistik dan dialog, festival ini menjadi jambatan antara negara dan membina masyarakat harmoni,” katanya.

Filem:

  • Ibn Fadlan
  • Almandar of AldermyshTarlan
  • Tarlan
  • Halima
  • Mulla

Dokumentari:

  • My people are Tatars, Code of Success
  • Ostazbika
EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari (tengah) diiringi Menteri Budaya Tatarstan Irada Ayupova (kiri) melihat pameran selepas merasmikan Festival Filem Muslim Kazan Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :