Wakil rakyat Pandamaran Tony Leong Tuck Chee menyerahkan kupon sumbangan korban kepada wakil masjid dan surau di kawasan DUN Pandamaran dalam satu majlis pada 1 Jun 2024. Foto DUN Pandamaran
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

15 masjid, surau sekitar DUN Pandamaran terima sumbangan Aidiladha

SHAH ALAM, 10 JUN: Sebanyak 15 masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran menerima sumbangan lembu dan kambing sempena Aidiladha minggu depan.

Wakil rakyatnya Tony Leong Tuck Chee berkata kesemua masjid dan surau terbabit menerima kupon sumbangan korban disediakan Kerajaan Negeri dan peruntukan DUN Pandamaran.

“Kerajaan Negeri memperuntuk empat lembu dan 10 kambing bagi setiap DUN. Namun mengambil kira keperluan serta saiz kambing agak kecil, DUN Pandamaran menyediakan peruntukan tambahan hampir RM15,000 untuk membeli kambing dan diagihkan kepada surau.

“Secara keseluruhan, sempena Aidiladha ini setiap masjid akan menerima seekor lembu manakala surau pula dua ekor kambing,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau turut berharap dengan sumbangan ini semua umat Islam dapat menyambut Aidiladha dengan penuh berkat.


Pengarang :