SHAH ALAM, 11 JUN: Seramai 152 daripada 1,400 asnaf yang mengikuti program keusahawanan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan tahun lalu.
Agensi itu memaklumkan tahun lalu juga, 103 asnaf berjaya menerima peluang pekerjaan menerusi program kerjaya yang dianjurkan.
Menurut LZS kejayaan itu adalah hasil sokongan semua pembayar zakat.
“Kami perlukan sumbangan dalam bentuk zakat daripada syarikat, peniaga dan setiap individu untuk menjayakan pelbagai program kebajikan dan pembangunan,” katanya di Facebook.
Jelas LZS pihaknya sentiasa komited melaksana pelbagai program pembangunan seperti keusahawanan, pendidikan, kerjaya dan kemahiran bagi memperkasa asnaf fakir dan miskin.
Mereka yang ingin menunaikan tanggungjawab berzakat boleh berbuat demikian di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my.