Sekumpulan kanak-kanak bermain di tengah puing runtuhan bangunan di Bandar Gaza ketika sambutan Aidilfitri pada 11 April 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Kematian di Gaza meningkat kepada 37,232 orang

GAZA, 13 JUN: Jumlah korban warga Palestin akibat serangan kejam Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 37,232 orang, sumber perubatan mengesahkannya hari ini.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 105 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan Israel, 24 jam lalu.

Sumber berkata ramai lagi mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan berada di atas jalan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :