PBTSELANGOR

Larian santai retro antara program menarik Karnival 3S di Pekan Sabak 27 Julai

SHAH ALAM, 7 JULAI: Larian santai nostalgia dengan tema 60-an antara program menarik menanti pengunjung Karnival 3S (Santai, Sihat, Sejahtera) di Pekan Sabak pada 27 Julai ini.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) berkata karnival yang dianjurkan bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk turut menawarkan 100 hadiah cabutan bertuah.

“MDSB dalam usaha mempelbagaikan ekonomi dan pendapatan penduduk tempatan. Antara usahanya adalah meningkatkan kehadiran pelancong dengan mempromosi tempat menarik dan bersejarah.

“Disamping itu, dapat menghidupkan semula suasana serta kemeriahan pekan-pekan di Sabak Bernam ini,” katanya menerusi Facebook.

Bagi larian santai nostalgia sejauh 5 km, peserta dengan pakaian retro terbaik bagi setiap kategori berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM800.

Selain itu, acara senamrobik, jualan usahawan Sabak Bernam, pertandingan mewarna, program kesedaran alam sekitar, dan perhimpunan mini penunggang basikal turut dianjurkan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Amir 019-288 6550, Ika 017-692 3929, Afifa 013-292 8733 atau imbas kod QR di poster tertera.


Pengarang :