Pasukan KL Tigers menjadi johan dalam perlawanan akhir Liga MSNS-KRS menentang pasukan Cobra Black di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIASELANGOR
AGENDASUKANKINI

KL Tigers juara Liga Ragbi MSNS-KRS, tewaskan Cobra Black 25-19

SHAH ALAM, 7 JUL: KL Tigers merangkul kejuaraan Liga Ragbi MSNS-KRS selepas menewaskan Cobra Black 25-19 dalam perlawanan akhir di Stadium Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini petang tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar beroleh satu ‘try’ dan menyempurnakan ‘conversion’.

Aksi perlawanan akhir Liga MSNS-KRS di antara pasukan Cobra Black dan KL Tigers di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIASELANGOR

Bagaimanapun, penalti diambil Jake Edward Brookes meletakkan skuad kendalian Zane Joseph Wiremu Gardiner mendahului 10-7.

KL Tigers beraksi lebih bertenaga di separuh masa kedua dengan memperoleh dua ‘try’, menyempurnakan kedua-dua ‘conversion’ dan sepakan penalti Jason Harry Matthews menumpaskan Cobra Black pimpinan Wan Nur Syahmi Wan Daud.

Aksi perlawanan akhir Liga MSNS-KRS di antara pasukan Cobra Black dan KL Tigers di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIASELANGOR

Aksi perlawanan akhir Liga MSNS-KRS di antara pasukan Cobra Black dan KL Tigers di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIASELANGORTerdahulu, perlawanan tempat ketiga keempat menyaksikan UiTM Lions menewaskan RMAF Blackhawk , 27-25.

Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei hadir menyampaikan hadiah kepada pasukan.

Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei (tengah) menyampaikan piala kepada pasukan KL Tigers selepas perlawanan akhir Liga MSNS-KRS di antara KL Tigers dan Cobra Black di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIASELANGOR

Kejuaraan yang membuka tirai sejak 11 Mei melibatkan 12 pasukan bagi mengharungi 42 perlawanan yang dibahagi kepada dua divisyen.

Setiap divisyen ditandingi enam kumpulan dengan dua pasukan terbaik layak ke separuh akhir sebelum perlawanan akhir berlangsung.

Sementara itu, Ketua Jurulatih KL Tigers Zane Joseph Wiremu Gardiner berbangga dan bersyukur atas kejayaan pasukannya menghadapi kejohanan dengan cemerlang.

Ketua Jurulatih KL Tigers Zane Joseph Wiremu Gardiner. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIASELANGOR

“Kami memegang rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan, ianya sebuah pencapaian yang sangat menakjubkan.

“Semangat berpasukan dan mentaliti pemain yang bermain untuk lencana di dada menjadi resipi kejayaan pasukan bergelar juara,” kongsinya.


Pengarang :