Peserta membuat pemeriksaan mata ketika program Saringan Kesihatan Peka B40 Percuma DUN Kota Anggerik di Dewan Jenjarum MBSA Seksyen 11, Shah Alam pada 27 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri anjur saringan kesihatan percuma di dua lokasi 14, 20 Julai

SHAH ALAM, 9 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri pada 14 dan 20 Julai, bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Program Selangor Saring diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai (DUN Sungai Tua) pada 14 Julai manakala 20 Julai di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan (DUN Batu Tiga).

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

1. Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)
2. Tekan butang Selangor Saring
3. Isi borang soal selidik
4. Pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Awal bulan ini, saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di DUN Paya Jaras dan Dengkil.


Pengarang :