Orang ramai yang hadir bagi membeli barangan keperluan ketika Jelajah Ehsan Rakyat DUN Seri Setia di Tapak Pasar pagi Lembah Subang pada 29 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dapatkan barangan dapur murah di empat lokasi jualan PKPS hari ini

SHAH ALAM, 10 JULAI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas pada harga murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) hari ini.

Bermula 10 pagi, jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan parkir Masjid Al-Husna PJS 10 (Seri Setia) dan Pusat Komuniti Kampung Kunci Air Buang (Sungai Burong).

Jualan sama turut berlangsung di Flat Laksamana Jaya A (Sungai Tua) dan Surau Al-Huda Jalan Teratai 1/9B11 (Teratai).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :