EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari bercakap kepada media selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Wanita Berdaya Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 10 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
EXCOSELANGOR

Selangor kaji model aturan kerja anjal, seimbangkan kerjaya-keluarga

SHAH ALAM, 10 JULAI: Selangor bakal melaksanakan model aturan kerja anjal bagi membolehkan pekerja lelaki dan wanita mencapai keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.

EXCO Pembangunan Keluarga Anfaal Saari menjelaskan perkara tersebut sedang diteroka Wanita Berdaya Selangor (WBS) dengan lebih mendalam sebelum diaplikasikan sepenuhnya.

“Kerajaan Negeri turut memberi bantuan seperti Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas), Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) dan MamaKerja bagi meringankan kos penjagaan anak,” katanya.

Dalam penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama hari ini, jelasnya, bantuan sekali bayar bakal disalur pada September kepada pengusaha tadika dan taska yang berdepan masalah kewangan.

Selain itu, Anfaal berkata Program Keibubapaan Digital akan dilaksana bagi meningkatkan pengetahuan ibu bapa terhadap cabaran digital selain memperkasa kemahiran mengurus anak.

“Program ini dijalankan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Selangor bermula awal Ogos melibatkan semua daerah dengan sasaran 300 peserta,” katanya.


Pengarang :