EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan Papparaidu Veraman menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 10 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
EXCOSELANGOR

Pelabuhan Pulau Carey sedia lebih 100,000 peluang kerja buat warga tempatan, Orang Asli

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dijangka mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuk masyarakat Orang Asli.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berkata masyarakat Orang Asli di pulau berkenaan juga bakal menikmati sistem rangkaian perhubungan, infrastruktur dan utiliti yang lebih baik.

“Selain itu, projek ini meningkatkan aktiviti pelancangon, pembangunan infrastruktur dan merancakkan aktiviti ekonomi apabila pembangunan siap kelak,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal RS-1 di Sidang Dewan Negeri hari ini.

Papparaidu berkata visi Kerajaan Negeri membantu masyarakat Orang Asli meningkatkan taraf hidup merangkumi tujuh fokus utama iaitu tanah, pendidikan, infrastruktur, ekonomi, kepimpinan, kebudayaan dan kesihatan.

“Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor bagi melaksanakan program berpandukan tujuh fokus utama ini untuk membantu mereka,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata pembangunan pelabuhan Pulau Carey akan memastikan Malaysia terus menjadi penyedia perkhidmatan pelabuhan unggul dan premium di rantau ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga berkata negara memerlukan rangkaian tersendiri dan tidak boleh bergantung kepada Pelabuhan Utara dan Barat sahaja kerana ia tidak mencukupi untuk masa akan datang.


Pengarang :