Orang ramai mendaftar sebelum menjalani temu duga dalam program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Negeri giat anjur program kerjaya bantu kurangkan pengangguran

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pelbagai program kerjaya dilaksanakan setiap tahun bagi meningkatkan peluang pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran termasuk melibatkan golongan rentan.

EXCO Sumber Manusia berkata Program Jelajah Jobcare dan Program Karnival Kerjaya Mega merupakan pameran utama setiap tahun memandangkan ia mampu menarik kehadiran ramai.

“Sejak 2021, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menganjurkan Program Selangor Kerjaya sebagai inisiatif strategik pengurusan bakat dan tenaga kerja susulan penularan pandemik Covid-19.

“la merupakan solusi pemadanan pekerjaan yang komprehensif bagi penempatan pekerjaan dengan menggunakan kaedah profiling, padanan pekerjaan, penempatan dan peningkatan kemahiran,” kata V Papparaidu di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 10 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Menjawab soalan wakil rakyat Kota Kemuning S Preakas, Papparaidu berkata peserta yang mendaftar dengan Program Selangor Kerjaya turut berpeluang mengambil ujian profiling bagi menilai kemampuan kognitif, keperibadian, tingkah laku dan kemahiran bersesuaian untuk padanan kerjaya.

“Bagi meningkatkan tahap kemahiran pula, calon yang ditawar pekerjaan akan menjalani bimbingan kerjaya dan latihan selama setahun selain menerima sijil penyertaan dan dipantau berkala.

“Kita juga merancang beri bimbingan percuma untuk mempelajari asas penyediaan resume mengikut piawaian semasa di samping menyampaikan kemahiran menghadiri temuduga,” katanya.


Pengarang :