Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Seri Setia di Tapak Parkir Dewan D’Kelana, Kelana Jaya pada 07 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/ MEDIASELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hulu Kelang, Paya Jaras antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 9 JULAI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas pada harga murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) esok.

Bermula 10 pagi, jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan dekat Surau At-Tarbiah, Jalan L1, Taman Melawati (Hulu Kelang), tempat parkir Masjid AlBakri, Bukit Naga Seksyen 32 (Kota Kemuning).

Lokasi lain ialah Kampung Melayu Sungai Buloh (Paya Jaras) dan tapak pasar malam Kg Seri Cheeding (Banting).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :