Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Anak syarikat negeri hanya guna perunding luar jika tiada kepakaran

SHAH ALAM, 11 JULAI: Anak syarikat Kerajaan Negeri hanya akan menggunakan khidmat perunding swasta bagi pembangunan projek bernilai tinggi dan di luar kemampuan kepakaran.

Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan perkara sedang diatasi berperingkat bagi mengelak kebergantungan tinggi dengan perunding luar.

“Sebaik menangani isu Covid-19 pada 2021, anak syarikat negeri diarah membina kepakaran sendiri dalam pelbagai bidang termasuk hartanah untuk elak kebergantungan perunding luar,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mengambil contoh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), jelasnya, syarikat itu akan menggunakan khidmat perunding luar jika berkait isu ternakan tenusu.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula, katanya, hanya memerlukan kepakaran luar untuk projek besar seperti Selangor Business Capital (SBC) dalam sektor reka bentuk.

“Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) pula memelukan perunding swasta yang arif untuk membangunkan sektor hartanah bagi mengelak pelaburan merugikan,” kata Amirudin.


Pengarang :