Petugas mengagih buku Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor ketika wakttu rehat sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
ADNSELANGOR

Buku dasar, pelan tindakan wanita Selangor diedar di Dewan Negeri

SHAH ALAM, 11 JULAI: Buku Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 diedar kepada semua wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Buku bertemakan “Wanita Maju, Selangor Makmur” setebal 51 muka surat dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 31 Mei lalu.

Mengumumkan perkara itu, Timbalan Speaker DNS Kamri Kamaruddin berkata ia menjadi dokumen bergerak bagi usaha pemberdayaan wanita bawah portfolio EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari.

Sebelum ini, Amirudin menjelaskan dasar dan pelan tindakan itu meliputi lima titik tumpuan dan tujuh matlamat yang menyentuh setiap aspek serta pembangunan wanita.

Katanya, dasar tersebut dikemas kini bagi mengatasi isu berbangkit membabitkan golongan wanita dengan menyentuh beberapa perkara khususnya persepsi terhadap gender.

Berikut lima titik tumpuan dan tujuh matlamat dasar berkenaan:

Titik tumpuan

  • Pengarusperdanaan gender dalam pembangunan
  • Ekonomi dan kehidupan
  • Perwakilan dan kepimpinan
  • Keselamatan dan kesejahteraan
  • Kreativiti dan inovasi

Matlamat

  • Menggalakkan kerangka pembangunan yang sensitif gender
  • Meningkatkan status sosio-ekonomi dan autonomi wanita yang terpinggir
  • Merapatkan jurang gender di setiap aspek pasaran buruh
  • Mempercepat penyertaan, perwakilan dan pembuat keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita
  • Meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan mobiliti wanita
  • Menggalakkan penyediaan persekitaran selamat kepada wanita
  • Memupuk bakat kreatif, budaya digitalisasi dan inovasi

Pengarang :