Orang ramai mendaftar sebelum menjalani temu duga dalam program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor anjur karnival kerjaya 17 Julai, tawar peluang pelbagai sektor

SHAH ALAM, 12 JULAI: Sebanyak 24 syarikat mengambil bahagian dalam Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor yang dijadualkan pada 17 Julai ini.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata program dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diadakan di Horizon Banquet Hall, Level 3A Menara BAC, Petaling Jaya dari 9 pagi hingga 4 petang.

“Antara syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan adalah Jaya Grocer, 99 Speedmart, Pos Malaysia Berhad, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur, Ruma Home Sdn Bhd, Maxcis Niaga Sdn Bhd dan beberapa syarikat lagi.

“Calon yang berminat perlu mengisi borang pendaftaran bagi tujuan pengesahan kehadiran menerusi pautan https://bit.ly/JobcarePJ,” katanya di Facebook.

Jelajah JobCare merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pasca pandemik Covid-19


Pengarang :