Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jalani saringan kesihatan percuma DUN Sungai Tua hari ini

SHAH ALAM, 14 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai, Batu Caves bermula 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata Selangor Saring peringkat DUN Sungai Tua itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma. Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

  • Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)
  • Tekan butang Selangor Saring
  • Isi borang soal selidik
  • Pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Selepas ini, inisiatif Selangor Selangor dijadual berlangsung pada 20 Julai di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan (DUN Batu Tiga). Awal bulan ini, saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di DUN Paya Jaras dan Dengkil.


Pengarang :