Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Taman Dato’ Bandar, Klang pada 16 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dapatkan barangan dapur murah di empat lokasi jualan PKPS esok

SHAH ALAM, 15 JULAI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas pada harga murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) esok.

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Balairaya Bukit C, Kg Cheras Baru (Pandan Indah) dan parkir SK Tg Sepat (Tg Sepat).

Lokasi lain ialah Dewan MBSA Pulai Seksyen 27, Jln Sg Gapis 27/71, Shah Alam (Kota Kemuning) dan pekarangan Surau Annur, Bandar Puteri (Sg Kandis).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :