Ahli Dewan Negeri Kajang Cheong Kian Young dan Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor beramah mesra dengan penerima sumbangan bencana banjir dan ribut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang, Hulu Langat pada 15 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
ADNSELANGOR

154 parkir baharu tampung keperluan pengunjung Klinik Kesihatan Kajang

HULU LANGAT, 16 JULAI: Pengunjung Klinik Kesihatan Kajang kini boleh menarik nafas lega apabila isu kekurangan parkir yang sering ditimbulkan sebelum ini selesai dengan penambahan petak baharu.

Ahli Dewan Negeri Kajang Cheong Kian Young berkata penambahan 154 petak parkir bagi menampung pengunjung yang semakin ramai selain memudahkan warga emas dan ibu mengandung.

Ahli Dewan Negeri Kajang Cheong Kian Young. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Isu parkir di Klinik Kesihatan Kajang ditimbulkan penduduk ketika kempen Pilihan Raya Negeri lalu dan sebelum ini pengunjung khususnya ibu mengandung perlu terpaksa berjalan jauh kerana kekurangan parkir.

“Apabila mendapat mandat rakyat, saya berjumpa beberapa pihak termasuk pemaju yang ingin lakukan tanggungjawab sosial korporat dan ada yang bersetuju membantu.

“Naik taraf parkir ini hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja dan kini Klinik Kesihatan Kajang mempunyai 204 parkir berbanding sebelum ini hanya 50 petak,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan sumbangan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada sembilan mangsa banjir dan ribut di pejabatnya di sini, semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Ahli Dewan Negeri Kajang Cheong Kian Young bersama Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor bergambar bersama penerima sumbangan bencana banjir dan ribut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang, Hulu Langat pada 15 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Pengarang :