Petugas menyampaikan bakul makanan sumbangan MBI kepada penerima di Dewan Blok L Apartment Idaman, Damansara Damai pada 09 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yayasan MBI salur dana tambahan RM200,000 jayakan bantuan bakul makanan

SHAH ALAM, 16 JULAI: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menjayakan lagi bantuan bakul makanan.

Ketua Yayasan MBI berkata peruntukan itu diluluskan Jun lalu bagi memastikan mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah terus menerima manfaat.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Program bakul makanan masih berjalan dan peruntukan RM1 juta untuk tahun ini habis diagihkan. Jadi, peruntukan tambahan RM200,000 diluluskan.

“Ini membuktikan Kerajaan Negeri cakna dan ambil berat terhadap rakyat dan masih meneruskan program bantuan bakul makanan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan masyarakat memerlukan boleh memohon bantuan ini dengan pihak berkaitan di kawasan masing-masing.

“Program bakul makanan ini semakin popular termasuk di kawasan kampung. Setakat ini, kita masih menerima permohonan bantuan daripada ketua kampung, ahli majlis dan wakil rakyat,” katanya.

 


Pengarang :