BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Elak kesesakan di Eco Grandeur, MPKS sedia 10 lokasi buat penjaja

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) tidak bercadang mewujudkan tapak penjaja di sekitar pusat perniagaan Eco Grandeur, Puncak Alam.

Yang dipertuanya berkata kawasan itu tidak digazetkan sebagai tapak penjaja dan aktiviti perniagaan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas serta kekurangan parkir.

Mengulas isu penjaja tanpa lesen di lokasi berkenaan, Mohamad Hanafe Basri menjelaskan pihaknya menawarkan 10 lokasi lain sekitar Puncak Alam bagi membantu golongan berkenaan.

“MPKS menjalankan operasi pada 29 Jun dan Jabatan Pelesenan menyerahkan borang permohonan tapak penjaja kepada semua peniaga dan tindakan kompaun turut dikenakan.

“Melalui operasi tersebut, MPKS juga menawarkan petak kosong di 10 lokasi tapak penjaja sekitar Puncak Alam,” katanya menerusi kenyataan, kelmarin.

Berikut 10 lokasi tapak penjaja:

  • Tapak Penjaja Lorong Az-Zaharah
  • Tapak Penjaja Hadapan Pasaraya Lotus’s Puncak Alam
  • Tapak Penjaja Dataran Alam Suria
  • Tapak Penjaja Pusat Perniagaan Alam Jaya
  • Tapak Penjaja Astana Alam
  • Tapak Penjaja Puncak Bestari
  • Tapak Penjaja Lorong Cakera Purnama 12/28
  • Tapak Penjaja Hadapan Apartment Residensi Warnasari 2
  • Tapak Penjaja Naluri Sukma
  • Tapak Penjaja Hadapan Alpina Abadi Puncak Alam

Pada 3 Julai, media melaporkan terdapat puluhan peniaga tanpa lesen menjalankan aktiviti di tempat letak kerera sekitar pusat perniagaan Eco Grandeur, Puncak Alam.


Pengarang :