EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Selangor Azmir Kassim ketika ditemui media pada Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Selangor 2024 di Geno Hotel, Subang Jaya pada 17 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
EXCOSELANGOR

Selangor bawa sembilan resolusi perlindungan kanak-kanak ke simposium kebangsaan

SUBANG JAYA, 17 JULAI: Selangor membawa sembilan resolusi perlindungan dan kebajikan kanak-kanak  ke simposium kebangsaan pada September depan.

EXCO Kebajikan Anfaal Saari berkata antara resolusi yang dimuktamadkan termasuklah usaha mengatasi pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari berucap pada Majlis penutup Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Selangor 2024 di Geno Hotel, Subang Jaya pada 17 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Resolusi ini diserahkan kepada saya setelah dibincang dalam persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK). Pasukan ini antara akar umbi yang terlibat langsung dalam melindungi kanak-kanak.

“Sembilan resolusi ini adalah dapatan setiap daerah seluruh Selangor membabitkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, biarpun berbeza tetapi tujuannya sama iaitu demi kesejahteraan kanak-kanak,” katanya ditemui pada majlis penutup persidangan tersebut di sini, hari ini.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Selangor, Azmir Kassim bersama peserta Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Selangor 2024 di Geno Hotel, Subang Jaya pada 17 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Dalam pada itu, Anfaal menyeru supaya masyarakat menjadi yang pertama melaporkan sebarang kejadian sekiranya merasakan berlakunya pengabaian atau penderaan dalam kalangan masyarakat.

“Data Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor merekodkan Selangor mencatat kes pengabaian tertinggi berbanding negeri lain. Pengabaian termasuklah ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah dan kecuaian.

“Salah satu faktor menyumbang kes ini adalah kepadatan penduduk selain 80 peratus daripadanya dicatat berlaku di rumah. Sebab itu, kita mahu masyarakat terutama jiran-jiran prihatin keadaan sekeliling dan salurkan maklumat.

“Selain itu, kita juga meluluskan peruntukan RM50,000 di bawah Sinergi Prihatin 2024 bagi penganjuran program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak peringkat negeri pada Ogos depan,” katanya.

Sebahagian peserta Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Selangor 2024 di Geno Hotel, Subang Jaya pada 17 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Pengarang :