Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali (tengah) bersama Pengurus Kanan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Md Fazir Abdul Latif pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Karnival Kepenggunaan KPDN Selangor yang diadakan di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu pada 4 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kota Damansara antara empat tapak jualan murah PKPS hari ini

SHAH ALAM, 18 JULAI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan murah jualan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di empat lokasi hari ini.

Bermula jam 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan parkir Masjid Albakri, Bukit Nagara Seksyen 32 (Kota Kemuning) dan tapak pasar malam Taman Maznah (Sentosa).

Jualan murah sama turut berlangsung di Dewan Serbaguna KMST (Kota Damansara) dan Dewan Terbuka Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (Dusun Tua).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :