Orang ramai hadir menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Program Selangor Saring peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 06 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jom sertai saringan kesihatan percuma DUN Batu Tiga Sabtu ini

SHAH ALAM, 18 JULAI : Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan, Klang pada Sabtu ini mulai 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO kesihatan berkata Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menyediakan ujian kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, barah, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma.

“Hubungi Selcare di talian 1800-22-6600 jika ada masalah pendaftaran,” kata Jamaliah Jamaluddin menerusi Facebook.

Beliau berkata orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan Selangor Saring.

Awal bulan ini, saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di DUN Paya Jaras, Dengkil dan Sungai Tua.


Pengarang :