Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis serahan sumbangan mangsa bencana angin kencang dan ribut petir di Dewan Orang Ramai, Kuala Langat pada 18 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ringan beban mangsa ribut, negeri hulur bantuan kepada 75 keluarga

KUALA LANGAT, 18 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 75 keluarga sekitar Telok Panglima Garang, di sini yang terkesan ribut pada April.

Ketua Yayasan MBI berkata setiap keluarga menerima bantuan RM550 merangkumi sumbangan MBI sebanyak RM250 serta RM300 daripada Kerajaan Negeri yang diagih melalui Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Jelas Ahmad Azri Zainal Nor, sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri untuk meringankan beban mangsa bencana selain memberikan mereka sinar untuk bangkit semula.

“MBI harap usaha ini dapat memberi manfaat kepada mangsa serta mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang,

“Di pihak MBI, kita sentiasa bersedia untuk menghulurkan sumbangan segera kepada mangsa bencana sama ada banjir, ribut atau kebakaran,” katanya selepas majlis serahan bantuan di sini hari ini.

Penerima, Hafida Rahim. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Ahmad Azri berkata kejadian yang berlaku pada 14 April itu turut menjejaskan beberapa sekolah di kawasan sekitar.

“Ribut kencang ini mengakibatkan kerosakan besar termasuk merosakkan bumbung rumah penduduk dan premis kerajaan,” katanya.

Sementara itu mangsa Hafida Rahim,54, berkata kejadian berkenaan menyebabkan kerosakan struktur rumah selain pendawaian elektrik.

Penerima, S Ramadewi. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pekerja kilang itu menjelaskan, sehingga hari ini kerosakan tidak dapat dibaiki sepenuhnya berikutan kekangan kewangan.

“Duit bantuan hari ini memang nak guna untuk baiki apa yang rosak. Rumah saya jenis kampung jadi perlukan modal. Terima kasih MBI dan Kerajaan Negeri kerana beri bantuan,” katanya.

Suru rumah S Ramadewi,51, berkata duit berkenaan akan digunakan untuk menambah kos membeli peralatan elektrik baharu antaranya mesin basuh.

“Ribut terlalu kuat menyebabkan bumbung rumah dan konkrit dapur rosak. Jadi hujan mencurah masuk. Mesin basuk, meja makan semuanya rosak kena air,” katanya.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor bergambar bersama selepas menyampikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis serahan sumbangan mangsa bencana angin kencang dan ribut petir di Dewan Orang Ramai, Kuala Langat pada 18 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis serahan sumbangan mangsa bencana angin kencang dan ribut petir di Dewan Orang Ramai, Kuala Langat pada 18 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor beramah mesra bersama penerima sambil menyampaikan sumbangan ketika Majlis serahan sumbangan mangsa bencana angin kencang dan ribut petir di Dewan Orang Ramai, Kuala Langat pada 18 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :