Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gangguan IT global tidak jejas jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas dan tiada penerbangan dibatalkan disebabkan gangguan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatannya.

Bagaimanapun, katanya isu ini telah menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuk dalam talian Firefly.

“Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu ini dan memulihkan sistem secepat mungkin,” menurut MAG dalam kenyataan hari ini.

Terdapat laporan berita dari seluruh dunia mengenai gangguan perjalanan. Ia merujuk kepada isu berkaitan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan perkhidmatan beban kerja penembusan dan keselamatan peranti serta menganalisis ancaman dan serangan siber.

-BERNAMA

 


Pengarang :