Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa di Kuala Lumpur pada 19 Julai 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Malaysia, Bahrain rai ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, tingkat kerjasama ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Usaha meningkatkan kerjasama Malaysia-Bahrain dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama antara dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungan hormat beliau ke atas Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, malam ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.

“Moga ulang tahun hubungan diplomatik Bahrain dan Malaysia ke-50 pada tahun ini juga bakal memberi lebih banyak peluang untuk memupuk kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang selain kerjasama ekonomi serta perkongsian pengalaman terkait sektor perbankan Islam global,” katanya.

Sheikh Hamad tiba di ibu negara hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara esok.

— BERNAMA


Pengarang :